BERITA TERKINI - MALAYSIA

3,000 peserta jayakan Kongres Budaya 2017
Tarikh: 15/04/2017
  KUALA LUMPUR 15 April – Lebih 3,000 peserta menjayakan Kongres Budaya 2017 yang menghimpunkan para budayawan, aktivis masyarakat, golongan akademik dan mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dekat sini hari ini.

Acara itu merupakan kemuncak selepas enam sesi prakongres sebelum ini merangkumi sektor bahasa, kandungan kreatif, warisan budaya, institusi adat Melayu, pembangunan dan penggubalan dasar warisan dan budaya di institut pendidikan tinggi dan ekonomi.

Draf resolusi kongres diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Pengerusi kongres, Tan Sri Dr. Rais Yatim agar dapat dimasukkan dalam kerangka Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Turut diadakan hari ini forum 'Sesi Perbincangan Tindakan Lanjut Resolusi Kongres' yang menghimpunkan input dan pandangan dari segenap lapisan masyarakat.

Penyelaras Resolusi Kongres Budaya 2017, Prof. Datuk Dr. Firdaus Abdullah berkata, semua pihak perlu memainkan peranan agar perjuangan yang dicetuskan daripada kongres itu tidak terhenti sebaliknya diteruskan demi kepentingan anak bangsa.

"Setiap daripada kita boleh melakukan peranan kita mengikut jurusan seperti penulisan dalam media massa, penganjuran sesi wacana serta dimasukkan dalam kurikulum pendidikan," katanya dalam sesi soal jawab kongres itu.

Beliau turut memuji langkah yang pernah dilakukan Utusan Malaysia membuka ruangan Cetus sebagai kesinambungan kepada program wacana bahasa yang diadakan.

Sumber:
Utusan Online

[Halaman 1 / 2] | 1 || 2 |

Artikel

  Kongres Budaya 2017 (01/03/2017)

KUALA LUMPUR. – Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan Kongres Budaya 2017 bagi mencari idea-idea baharu yang boleh diketengahkan dalam usaha memperkasakan budaya dan adat Melayu yang semakin terhakis seja...
 

  Kongres Budaya 2017 Penegas Kepentingan Pembudayaan Masyarakat (01/03/2017)

KUALA LUMPUR: Sejak negara merdeka dan berdiri sebagai sebuah negara berdaulat, pelbagai cabaran berjaya ditempuh dalam mengorak langkah menuju kemajuan.

Bagaimanapun Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, selepas...
 

  Merantau Mencari Sebuah Kehidupan (08/12/2016)


OLEH: MOHD SYAIFUL AZIM MUSTAFAH

Meninggalkan kampung halaman dan merantau mencari rezeki di tempat orang bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Banyak pertimbangan perlu dibuat. Banyak juga persoalan-persoalan yang perlu dijawab. Bagaimana d...
 

  Keteguhan jati diri angkat maruah dan martabat bangsa (07/12/2016)

Jati diri selalunya dirujuk sebagai keperibadian seseorang individu, bangsa atau sesebuah negara. Dari segi bahasa, jati diri bermaksud sejati, asli, murni atau tulen. Dari segi definisi, jati diri membawa pengertian tentang sifat atau ciri yang uni...
 

   (03/11/2016)

oleh ninotaziz

Mengadap Rebab
Bong wei... membalik tipo gak
Dage membue silolah cik wei
Dage membue silolah cik wei
Ayuhlah cik wei

Seperti suloh memain angin la...
Eh... bemban gugor di tapok
Selude cik wei... meningga maye la...
Ayu...
 

  Ola Bola Padat Dengan Mesej (03/11/2016)

OLEH: Huzaini Abdul Rahman
Apa menariknya dan istimewanya filem Ola Bola sehingga mencetuskan fenomena – tua, muda, kecil besar memperkatakan tentang filem arahan Chiu Keng Guan. Ada yang menganggapnya sebagai filem terbaik yang pernah dihasilkan s...
 

  Masyarakat Banyuwangi Gelar Kuda Kepang Di Malaysia (09/12/2014)

Klang , 7 Desember 2014. Hubungan Indonesia dan Malaysia tidak dapat dipisahkan dengan bidang seni dan budaya disamping bidang politik dan ekonomi. Persamaan ras, bangsa dan susur alur keturunan menyuburkan kembali seni dan kebudayaan kedua belah pih...
 

  Perbanyakkan Pertandingan Kebudayaan Untuk Martabatkan Budaya Nusantara - Rais  (22/09/2014)

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pertandingan berunsur kebudayaan perlu diperbanyakkan dalam usaha memartabatkan budaya tradisional nusantara seperti tarian Zapin di negara ini, kata Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri...
 

  IFF Popularkan Malaysia Sebagai Destinasi Busana Muslim (26/08/2014)

PADANG, SUMATERA BARAT 26 Ogos - Usaha membawa Festival Fesyen Islam (IFF) ke peringkat antarabangsa tidak boleh dilihat sebagai pembaziran, sebaliknya, penganjuran acara itu adalah satu pendekatan mempopularkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan...
 

  Kekal, Suburkan Identiti Nusantara - Rais (24/08/2014)

PUTRAJAYA 24 Ogos (Bernama) - Mengekalkan dan menyuburkan identiti Nusantara KeMelayuan memerlukan usaha kolektif merentas sempadan merangkumi politik, sosial dan ekonomi antara Malaysia, Indonesia, Brunei dan selatan Thailand, kata Penasihat Hal Ehw...
 

[Halaman 1 / 2] | 1 || 2 |





Hakcipta Terpelihara © 2023
Laman maya ini sesuai dilayari dengan resolusi skrin 1024 pixel x 768 pixel.
Pelayar internet mestilah sekurang-kurangnya daripada versi Internet Explorer 5.5 atau Mozilla Firefox.