#Ex!M3R - MALAYSIA

MPOC Bayangkan Kemungkinan Mansuh Duti Eksport Minyak Sawit Utk Oktober
Tarikh: 04/09/2014
  KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) membayangkan kemungkinan duti eksport minyak sawit untuk Oktober dimansuhkan jika harga minyak sawit mentah (MSM) kekal di bawah RM2,000 setan.

"Jika harga minyak sawit kekal seperti sedia ada, kami menjangkakan menjelang Oktober, duti eksport minyak sawit tidak dikenakan," kata Pengerusinya Datuk Lee Yeow Chor kepada pemberita di luar Forum Kepemimpinan Industri Minyak Sawit 2014 di sini hari ini.

Indonesia, pengeluar utama minyak sawit dunia, mengurangkan cukai eksport ke atas MSM kepada sembilan peratus bagi September berbanding 10.5 peratus pada Ogos.

Pengeluar kedua terbesar, Malaysia menetapkan cukai eksportnya untuk September pada kadar lebih kompetitif sebanyak 4.5 peratus.

[Halaman 1 / 1] | 1 |

Artikel

  Jakim Sedia Operasi Penyelidikan Halal Di Bandar Enstek, Sepang (05/09/2014)

SERI KEMBANGAN, 4 Sept (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia untuk menjalankan operasi penyelidikan halal di Bandar Enstek, Sepang dengan nilai pembangunan RM23 juta bagi membantu peserta industri mengenal pasti status halal p...
 

  Industri Kewangan Islam Dan Pasaran Halal Perlu Bekerjasama, Kata HDC (03/09/2014)

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) menggesa peserta industri kewangan Islam dan pasaran halal agar saling berkomunikasi dan mula bekerjasama.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Jamil Bidin berkata sek...
 

  Kerajaan Galak Masyarakat Sertai Bidang Perniagaan - Ahmad Maslan (02/09/2014)

TUMPAT, 4 Sept (Bernama) -- Kerajaan sentiasa menyediakan pelbagai bantuan kewangan bagi mengalakkan masyarakat menyertai bidang perniagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata antara bentuk bantuan itu ialah pinjama...
 

  Saham Bina Darulaman Digantung Untuk Pengumuman Korporat (01/09/2014)

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Dagangan saham Bina Darulaman Bhd digantung mulai 11 pagi hingga 5 petang hari ini. Pekeliling Bursa Malaysia menyebut penggantungan itu dibuat berikutan pengumuman penting. Saham Bina Darulaman didagangkan pada RM2....
 

[Halaman 1 / 1] | 1 |





Hakcipta Terpelihara © 2023
Laman maya ini sesuai dilayari dengan resolusi skrin 1024 pixel x 768 pixel.
Pelayar internet mestilah sekurang-kurangnya daripada versi Internet Explorer 5.5 atau Mozilla Firefox.