#Ex!M3R - MALAYSIA

Kerajaan Galak Masyarakat Sertai Bidang Perniagaan - Ahmad Maslan
Tarikh: 02/09/2014
TUMPAT, 4 Sept (Bernama) -- Kerajaan sentiasa menyediakan pelbagai bantuan kewangan bagi mengalakkan masyarakat menyertai bidang perniagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata antara bentuk bantuan itu ialah pinjaman mikro menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

"Kita berhasrat untuk menjana pendapatan rakyat menerusi bidang perniagaan iaitu menerusi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

"Terdapat juga bantuan kepada PKS melalui AIM dan juga telah diluluskan dana tambahan berjumlah RM700 juta kepada Tekun Nasional," katanya kepada pemberita selepas melawat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Ikan Kering di Pengkalan Kubor, di sini pada Khamis.

Beliau berkata selain bantuan kewangan, pihaknya juga memberi khidmat latihan perniagaan kepada masyarakat.

"Kita menjadi urusetia dengan memantau segala usaha bagi mewujudkan lebih ramai lagi usahawan bumiputera.

"Ini merupakan satu kaedah untuk tingkatkan taraf hidup penduduk dan usaha ini akan kita terus laksanakan dengan gigih," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKP) Geting, Rumaizi Ismail berkata kerajaan sentiasa membantu lebih 20 usahawan PKS di kawasannya.

"Kalau dahulu produk seperti ikan kering, budu dan keropok kita buat secara tradisional tetapi dengan bantuan kerajaan ia dapat dilakukan dengan cara moden menggunakan mesin dan banyak lagi.

"Kerajaan memang sentiasa memberi sokongan dan membela nasib kami dengan sentiasa menyalurkan bantuan kepada usahawan PKS di sini," katanya.

-- BERNAMA


[Halaman 1 / 1] | 1 |

Artikel

  Jakim Sedia Operasi Penyelidikan Halal Di Bandar Enstek, Sepang (05/09/2014)

SERI KEMBANGAN, 4 Sept (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia untuk menjalankan operasi penyelidikan halal di Bandar Enstek, Sepang dengan nilai pembangunan RM23 juta bagi membantu peserta industri mengenal pasti status halal p...
 

  MPOC Bayangkan Kemungkinan Mansuh Duti Eksport Minyak Sawit Utk Oktober (04/09/2014)

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) membayangkan kemungkinan duti eksport minyak sawit untuk Oktober dimansuhkan jika harga minyak sawit mentah (MSM) kekal di bawah RM2,000 setan.

"Jika harga minyak sawit kekal s...
 

  Industri Kewangan Islam Dan Pasaran Halal Perlu Bekerjasama, Kata HDC (03/09/2014)

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) menggesa peserta industri kewangan Islam dan pasaran halal agar saling berkomunikasi dan mula bekerjasama.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Jamil Bidin berkata sek...
 

  Saham Bina Darulaman Digantung Untuk Pengumuman Korporat (01/09/2014)

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Dagangan saham Bina Darulaman Bhd digantung mulai 11 pagi hingga 5 petang hari ini. Pekeliling Bursa Malaysia menyebut penggantungan itu dibuat berikutan pengumuman penting. Saham Bina Darulaman didagangkan pada RM2....
 

[Halaman 1 / 1] | 1 |





Hakcipta Terpelihara © 2023
Laman maya ini sesuai dilayari dengan resolusi skrin 1024 pixel x 768 pixel.
Pelayar internet mestilah sekurang-kurangnya daripada versi Internet Explorer 5.5 atau Mozilla Firefox.