Hacked By #Ex!M3R - MALAYSIA

Perayaan Utama di Malaysia
Tarikh: 22/09/2014
  Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya yang tersendiri.


Perayaan Krismas

Krismas dirayakan oleh penganut agama Kristian pada setiap 25hb Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna-warni. Bungkusan hadiah-hadiah akan diletakkan di bawah pokok krismas dan akan dibuka pada hari tersebut.


Perayaan Tadau Kaamatan

Tadau Kaamatan merupakan perayaan oleh masyarakat Kadazan di Negeri Sabah pada bulan Mei setiap tahun setelah selesai musim menuai padi. Sempena sambutan perayaan Tadau, mereka menyediakan makan minum seperti kuih-muih dan air tapai.


Gawai Dayak

Perayaan Hari Gawai disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun. Perayaan akan bermula dengan tuai rumah membahagi-bahagikan tugas kepada penghuni rumah panjang. Kaum wanita pula akan menyediakan kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan. Minuman tuak merupakan sajian utama perayaan Hari Gawai.


Perayaan Deepavali

Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu yang dirayakan pada bulan gelap bernama ‘aippasi’ pada setiap bulan Oktober dan November.

Deepavali yang bermaksud ‘sebarisan pelita’ dan dengan memasang pelita, penganut Hindu percaya bahawa kecerahan akan mengatasi kegelapan, kebaikan akan mengatasi kejahatan, keadilan akan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan akan mengatasi kejahilan.


Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya yang tersendiri.


Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfiti merupakan perayaan utama masyarakat islam khususnya bangsa Melayu yang diraikan terbesar di Malaysia. Hari Raya Aidilfitri merupakan kemuncak kepada ibadat puasa di bulan Ramadhan. Sepanjang bulan Ramadhan, umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya.

Pada malam Tujuh Likur yang jatuh pada 27 Ramadhan, lampu atau pelita dipasang untuk menerangi kawasan rumah. Sifat kesetiakawanan ditonjol melalui zakat fitrah yang wajib dikeluarkan sebelum 1 Syawal tatkala Hari Raya Aidilfitri akan dirayakan bersama.


Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

[Halaman 1 / 1] | 1 |

Artikel

  Permainan Tradisional di Malaysia (22/09/2014)

Congkak

Congkak adalah satu permainan yang memerlukan pemain mengisi ‘buah’ ke dalam deretan lubang yang diperbuat pada sekeping papan yang dinamakan papan congkak. Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain mendapatkan seberapa ba...
 

  Seni Silat Mampu Jadi Pemangkin Bina Masyarakat Cintai Negara - Raja Muda Perlis (20/09/2014)

ARAU, 20 Sept (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ilmu seni silat Melayu mendidik pengamalnya cara mempertahankan diri dan mampu menjadi pemangkin dalam membina masyarakat untuk mencintai negara.

Baginda ...
 

  KL Converge Medan Tunjuk Potensi Industri Kreatif Negara (18/09/2014)

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Pameran dan persidangan KL Converge 2014, yang sedang berlangsung dari 17-19 Sept di ibu negara, menampilkan pelbagai peluang sedia ada bagi pembekal kandungan kreatif dari Malaysia.

Acara itu, yang melibat dan menemukan ...
 

  Pusaka adat: Patah tumbuh hilang berganti (14/09/2014)

BERITA pulangnya ke Rahmatullah Undang Luak Jelebu Ke-15, Datuk Menteri Akhirulzaman Hj. Musa Wahab, 77, beberapa hari lalu hanya menerima sedikit liputan dalam media tempatan. Sebagai salah seorang pemerintah adat di negeri beradat, perihal itu dili...
 

  Arkib Sabah Pelawa Orang Ramai Kunjungi Pameran Sejarah Kelahiran Malaysia (05/09/2014)

KOTA KINABALU, 5 Sept (Bernama) -- Arkib Negeri Sabah mempelawa orang ramai untuk mengunjungi pameran 'Sejarah Kelahiran Malaysia'.

Pengarahnya Mohamad Hinayat berkata pameran di perkarangan bangunan arkib diadakan sempena Hari Kemerdekaan sejak ...
 

  Malaysia Bersedia Muncul Sebagai Destinasi Pilihan Pelancong Turki (04/09/2014)

ISTANBUL, 4 Sept (Bernama) -- Malaysia bersedia untuk muncul sebagai destinasi pilihan pelancong Turki berikutan pakej menarik dengan harga berpatutan untuk percutian yang ditawarkannya, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazr...
 

  Nikmati Juadah Tradisional Kelantan Di Pekarangan Stadium Muhammad Ke-IV (03/09/2014)

KOTA BAHARU, 4 Sept (Bernama) -- Orang ramai kini berpeluang menikmati pelbagai juadah tradisional Kelantan dalam satu festival yang berlangsung tiga hari di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, mulai Khamis.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaa...
 

[Halaman 1 / 1] | 1 |





Hakcipta Terpelihara © 2023
Laman maya ini sesuai dilayari dengan resolusi skrin 1024 pixel x 768 pixel.
Pelayar internet mestilah sekurang-kurangnya daripada versi Internet Explorer 5.5 atau Mozilla Firefox.